Friday, May 20, 2011

Rukun Islam yang ke-2






Assalamualaikum!!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sedang kucing2  sedap tidur ,angin bendang dekat belakang rumah sepoi-sepoi  bahasa, hati pulak rasa gelisah,tetiba pulak saya teringat pengalaman kat satu kem ni. Kem apa???? Adalah di rahsiakan nama kem tu.Tebayang  pulak wajah-wajah warga kem tu. Harap-harap  semua berada dalam keadaan sihat sejahtera  di samping insan yang tercinta.

Pada mulanya saya memang tak nak join pun kem tu, tapi oleh kerana dorongan mak dan ayah saya akur dengan ketentuan Ilahi. Yalah mungkin dah takdir saya di tempatkan dekat kem itu .Erm… saya Cuma nak kongsi dengan korang satu input yang saya dapat sepanjang saya berada dekat kem tu. 

Situasi ni berlaku semasa semua peserta terpaksa join satu slot mengenai kerohanian (Agama Islam).Yalahkan bila dengar pasal slot “ISLAM” ja pasti semua peserta akan mengeluh. Saya tak kata yang saya ni baik. Sebelum bermulanya slot kerohanian itu pastinya ramai yang menggeletar dan ada pulak yang  tetiba sakit perut. Dek kerana takut ditanya mengenai pengetahuan mereka akan agama yang meraka anuti (ISLAM).

O.k kita terus masuk pada tajuk utama kita. Harap korang semua bersabar kerana sabar itu indah. Dalam slot itu kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan berdiri dekat atas pentas untuk di soal mengenai perkara asas agama Islam. Dan ketua kumpulan  perlu bertangggungjawab ke atas setiap ahli kumpulan tersebut.

Tibalah masa yang di nanti-nantikan, jeng jeng jeng…. Adalah satu kumpulan lelaki bertuah itu di panggil tapi tak ingat dah la nama kumpulan tu.  Soalan yang pertama mestilah di tujukan untuk ketua kumpulannya. Erm… nasib baik ketua kumpulan tu ada didikan agama. Soalan seterusnya pulak khas buat ahli-ahlinya. Mau tak terketar-ketar.

Dialog antara Ustaz dan Mail.

Ustaz     : O.k soalan seterunya. Hah, kamu Mail.

Mail       : Ya, Ustaz.

Ustaz     :Adakah kamu dah bersedia dengan soalan yang mampu menggoncang iman kamu????

Mail       : Saya sedia Ustaz.

Ustaz     : Cer kamu baca Tahiyyat Akhir???

Mail       :  Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan   nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.    er…..Ustaz saya ingat sampai kat situ saja.

Ustaz     :Tak pa nanti kamu belajar dengan ketua kumpulan kamu.

Mail       :Tersengih-sengih sambil menggaru kepala yang tetiba gatal.

P/S :Nama dalam dialog dekat atas itu hanyalah nama samaran sahaja.

Apabila dipanggil nama ahli seterusnya, jawapan dia amatlah menduka-citakan bagi semua peserta kem tersebut. Nak tau tak jawapan dia apa???? Hah, ni jawapan dia “Ustaz saya tak tahu nak baca Tahiyyat Akhir”. Masya-Allah, rupa-rupanya ramai lagi member2 kita yang dekat luar sana tak tahu nak membaca Tahiyyat Akhir. Saya harap sekarang ni dia dah boleh hafal Tahiyyat Akhir dah. Ameen…. Nasib baik mak dengan ayah saya paksa saya join kem ni. Yalah… kan saya tak pernah bergaul  dengan bangsa selain bangsa Melayu.

Akhir kalam, saya bukan nak memalukan sesiapa pun. Tapi ambillah ikhtibar daripada ceita dekat atas tu. Kerana sembahyang adalah cahaya yang memberi  petunjuk  kepada amalan yang baik,sedekah adalah bukti benarnya iman orang itu,sabar itu adalah sinar yang terang-benderang dan Al-Quran adalah hujah bagimu dan terhadapmu.

P/S:  Tingkatkan kualiti solat anda!!!

2 comments: