Saturday, November 15, 2014

Jenesys 2.0 (2014)




Jenesys 2.0 Japan
April 2014


Salam post kali ni aku akan bercerita mengenai rakyat jepun yang sememangnya terkenal dengan adab kesopanan dan kebersihan. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal tu. Pernah tak tengok orang keluarkan plastik untuk mengisi makanan yang tak habis dimakan ketika makan diluar? Mesti tak pernahkan. Kali pertama tengok foster family tu buat aku senyap je. Kali kedua dia buat macam tu baru aku berani nak tanya kenapa dia jawab buat macam. Rupanya benda macam tu biasa bagi mereka. Makanan yang di bungkus sendiri itu akan dipanaskan untuk kami semua sarapan pagi bersama. Rakyat jepun ni memang tak suka membazir, kalau makan tu sentiasa lincin. Segan tau kalau tak habis makan, bukannya apa citarasa aku tak sama macam rakyat jepun.  

Lagi satu bab didik anak, ada sekali tu adik dia menangis sebab jatuh punyalah kuat dia menangis, ayah dia yang pujuk. Kali kedua, kakak dia menangis mungkin nakkan sesuatu barang kat pasaraya, tapi ayah dia pujuk dia secara senyap. Tak tahu lah dia bisik apa dekat anak dia. Last2 keadaan kembali tenang. Balik Malaysia baru aku rasa nak tahu apa la yang ayah dia bisik dekat dia. Orang perempuan mesti suka ni, waktu petang masa duk rehat ayah dia yang lipat baju. Terkejut la kan tengok perkara macam tu. Dia kata kadang-kadang je dia tolong lipat baju.Ok itu je lah. Salam

Sunday, September 8, 2013

Ysd Bursary Programme

Assalamualaikum…



YSD Bursary Programme
Biasiswa ini hanyalah untuk keluarga berpendapatan rendah dan pointer mestilah atas 3.0. Jangan takut pihak Sime Darby semua friendly. Pagi-pagi lagi aku dah ready dengan adik-adik aku sebagai peneman setia, naik KTM turun dekat PUTRA lepas tu naik LRT turun dekat Sultan Ismail, sebelah LRT tu sahaja Wisma Sime Darby Kuala Lumpur. Sesi interview ini dijalankan selama 30 minit bagi setiap peserta. Seramai 12 orang yang dipanggil untuk di temu duga pada sesi pagi itu dari pukul 8.30 a.m until 1.30 p.m. Terdapat dua bilik interview ,setiap bilik ada dua penemu duga. Aku ditempatkan di bilik 2, Encik Tajul merupakan salah satu penemu duga yang aku kena hari itu.  Apa yang  En. Tajul tanya ???

1.       About Myself
2.       My Family Background
3.       My future career

Bacalah jugak pasal Sime Darby tapi masa kena interview hari tu tak kena tanya pun.  Lepas habis je interview terus bagi salinan sijil dekat Cik Asmah.  Pastikan bawak semua sijil atau salinan yang patut diberi pada hari interview tersebut.  En. Tajul ada pesan dekat aku, aku mesti  menghargai degree yang aku ada. Sebabnya sekarang ni islamic banking sangat dipandang tinggi di seluruh dunia dan Malaysia merupakan negara yang menjalankan  sistem isalmic banking. Dan ini membuktikan agama dan cara kehidupan tidak dapat diputuskan.

Wassalam


16/8/2013