Pages

Tuesday, May 17, 2011

Iqra'

Wah!!!! Banyak nyer nak kna baca.


Bismillah

A001



Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), (Al-'Alaq 96:1)


Ya, tajuk post saya hari ni "IQRA'".  Kenapa tajuk post kali ini "BACALAH"????  Bcoz saya nak berkongsi buku gempak (Novel) yang saya pernah baca. Xsemestinya kita kena baca buku teks je kan. O.k lah anda semua boleh lihat novel pilihan saya kali ini dekat bawah nie.
"MEMBACA ITU BUDAYA KITA"


Novel Pilihan 1


Apa jadinya, jika seorang santri salaf, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negeri paling menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, yaitu Rusia? Akankah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi nonik nonik muda Moskwa, yang kecantikannya tiada tara?



Novel Pilihan 2


Sinopsis novel ini:

Mengisahkan Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan di Universiti. Mereka berdua menyambung      pengajian di Jordan dalam dua bidang berbeza. Namun perbezaan itu bukan masalah bagi mereka yang terdidik dengan keimanan.

Namun ukhuwwah mereka diuji dengan Sara Nasuha. Ditambah pula, konsep Keimanan yang mereka tanam pada masyarakat PERMAI di Jordan, teruji dengan kehadiran lima manusia genius bergelar Disaster Five.

Lebih memburukkan keadaan, muncul seorang yang lebih licik daripada Disaster Five, berdendam dengan Irfan Hakimi atas sebab peristiwa hitam masa silam.
Bagaimanakah dua sahabat ini melaluinya? Dan bagaimanakah Keimanan itu mampu menjadi penyokong teguh mereka dalam melalui masalah-masalah ini?

Baca jangan x baca!!! 




Novel Pilihan 3
Sinopsis novel ini.
 
Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Yang ni lagi best!!! like!!!


Novel pilihan 4
Sinopsis novel ini.
Denyut Kasih Medik merupakan sabuah novel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan yang bernama Dr Farhan Hadi iaitu suami kepada Fatimah Syarha Mohd Noordin iaitu seorang novelis dan juga pensyarah universiti malaya. Didalam buku ini mengandungi 6 bab yang terdiri daripada Langkah Bermula, Cabaran Ortopedik, Sepak Terajang Jabatan Perubatan Am, Merempuh Badai Obstetrik, Gynecology, Surgery, Wanita dan Si Dia dan diakhiri dengan selembar fitrah di pediatrik, N.I.C.U dan Maternity.


Menurut sinopsis novel ini, ia merupakan kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu saja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Best sngat!!! Sampai x tahu nak kata apa.

P/S: Kalau hampa (korang) semua terserempak dengan novel novel pilihan kat atas tu, tunggu apa lagi cepat cepat lah beli nover tu. Itu pun kalau mampu. :-)  

No comments:

Post a Comment