KASIH NILAM PURI
Hari demi hari,
Waktu demi waktu,
Pusara ini kekal abadi disini,
Tesergam indah bak istana dunia.
Saban tahun,
Bumi ini didatangi dari seluruh pelusuk Negara,
Dari barat hingga ke timur, dari utara sampai ke selatan,
Tidak kira jauh mahupun dekat,
Samada tahu ataupun tidak akan kewujudan bumi ini,
Yang pasti bumi dicari, dikaji, dinilai,dijaga dan dihargai.
Bumi ini bumi tarbiyah,
Bumi ini bumi barakah,
Lahirnya ulama’ pewaris anbiya’,
Lahirnya menteri mentadbir Negara,
Lahirnya cendiakawan menabur ilmu,
Lahirnya asatizah mendidik generasi
Lahirnya umat menyinari alam.
Nilam Puri,
Namamu tesergam megah dimata dunia,
Namamu disanjung –sanjung diangkat tinggi,
Nadi ilmu, nadi pentarbiyahan,
Nadi pengasuhan dan nadi kasih sayang.
Nilam Puri,
Engkau sentiasa menyinari,
Engkau sentiasa memekar tinggi,
Engkau sentiasa menyerlah dihadapan,
Engkau sentiasa mengungguli,
Engkau sentiasa tersohor,
Dalam apa jua
Tidak kira kecil mahupun besar.
Mari kita fikirkan, Mari kita renungkan
Bagaimana ia berlaku?
Bagaimana ia dikecapi?
Bagaimana ia terhasil?
Semua itu adalah gerak kerja bersama.
Sahabat,
Kita insan bertuah,
Kita insan beruntung,
Kita Ditempatkan di bumi barakah ini,
Kita dicampakkan Allah ke mari
Untuk terus memakmurkan bumi ini,
Untuk meneruskan perjuangan,
Untuk menyambung tanggungjawab dan amanah,
Untuk merangkak, melangkah dan meniti
Jambatan ilmu disini.
Teman,
Kita lagi bertuah dan beruntung,
Kerana kita
Ditemani murabbi yang sentiasa perihatin akan pendidikan anak didiknya,
Dibelai ayah ibu yang besar jiwanya,
Mereka bersengkang mata, mengerah keringat,
Bermandi peluh, bermain dengan akal dan tutur kata,
Tidak kira masa dan waktu,
Tidak kira siang atau malam,
Tidak kira cuti atau rehat
Semua itu adalah pengorbanan mereka,
Untuk terus melihat bumi ini kekal tesergam megah
Demi melahirkan generasi diredhai.
Wahai ayah,
Wahai ibu,
Besar amanah dan tanggungjawab yang ayah ibu kendongkan,
Engkau membelai kami bagai menatang minyak yang penuh,
Engkau Mendidik,membimbing dan menyelami hati- hati kami,
Engkau tumpahkan sepenuh kasih sayangmu kepada kami,
Engkau celikkan kami daripada dibuai mimpi lena,
Engkau bangkitkan semangat dan jiwa kami cinta akan Illahi,
Engkau sujudkan dahimu,
Engkau panjatkan doamu kepada Allah demi kejayaan anak didikmu.
Ayah, ibu,
Sejuta kemaafan kami pinta,
Atas kenakalan dan kedegilan anakmu,
Halalkan ilmu dan tunjuk ajar
Serta kasih sayang yang ayah ibu curahkan kepada kami
Semoga itu semua mendidik jiwa-jiwa kami
Menjadi Insan suatu hari nanti.
Nilam Puri,
Kami yakin dan percaya,
Nilam puri akan tetap disini,
Tesergam dan tersohor dimata dunia,
Kejayaan demi kejayaan akan tercipta
Itu akan menjadi kebanggaan kami semua.
Walau kitakan berpisah,
Ia hanya dimata kasar kami,
Nun Jauh di lubuk hati kami untuk meninggalkanmu,
Tapi apakan daya,
Masa dan jarak memisahkan kita,
Untuk kami meneruskan liku-liku yang mendatang,
Untuk mengecapi Cinta Illahi yang hakiki.
Terima kasih ayah ibu,
Terima kasih sahabat dan teman,
Terima kasih Nilam Puri.
Salam Perjuangan Nilam Puri….
Hasil Nurkilan,
Khairol Najib Bin Hashim
Kolej Kediaman Nilam Puri UM
3 Februari 2012
khairolnajibhashim
hanya tinggal kenangan ^___^ |
huhuhu...cdihnye...:(
ReplyDeleteilaa sedih kew??? huhuhu
ReplyDeletexpa2 kat kl jumpa lgi..
Insya Allah..
tautan mahabbah akan menggamit memori MAK...
ReplyDelete