Pages

Showing posts with label Nota Hati. Show all posts
Showing posts with label Nota Hati. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Jenesys 2.0 (2014)




Jenesys 2.0 Japan
April 2014


Salam post kali ni aku akan bercerita mengenai rakyat jepun yang sememangnya terkenal dengan adab kesopanan dan kebersihan. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal tu. Pernah tak tengok orang keluarkan plastik untuk mengisi makanan yang tak habis dimakan ketika makan diluar? Mesti tak pernahkan. Kali pertama tengok foster family tu buat aku senyap je. Kali kedua dia buat macam tu baru aku berani nak tanya kenapa dia jawab buat macam. Rupanya benda macam tu biasa bagi mereka. Makanan yang di bungkus sendiri itu akan dipanaskan untuk kami semua sarapan pagi bersama. Rakyat jepun ni memang tak suka membazir, kalau makan tu sentiasa lincin. Segan tau kalau tak habis makan, bukannya apa citarasa aku tak sama macam rakyat jepun.  

Lagi satu bab didik anak, ada sekali tu adik dia menangis sebab jatuh punyalah kuat dia menangis, ayah dia yang pujuk. Kali kedua, kakak dia menangis mungkin nakkan sesuatu barang kat pasaraya, tapi ayah dia pujuk dia secara senyap. Tak tahu lah dia bisik apa dekat anak dia. Last2 keadaan kembali tenang. Balik Malaysia baru aku rasa nak tahu apa la yang ayah dia bisik dekat dia. Orang perempuan mesti suka ni, waktu petang masa duk rehat ayah dia yang lipat baju. Terkejut la kan tengok perkara macam tu. Dia kata kadang-kadang je dia tolong lipat baju.Ok itu je lah. Salam

Sunday, May 12, 2013

10 Highly Effective Study Habits




Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. 
Tatkala di hujung hujung semester ini dapatlah kita lihat pelbagai 
ragam, perkara perkara yang pelik dan tak lupa juga perubahan
wajah yang amat drastik.
Begitu jugalah saya kini merasakan perasaan yang aneh sejak kebelakangan ini.
Namun pejuangan belum selesai sehingga hujung nyawa.
Perjuangan untuk menuntut ilmu demi mencari
keredhaan Ilahi.

Ya, Final Exam yang kian terasa bahangnya.
Jadi, hari ini saya akan kongsikan sedikit tip dan hasil kajian 
yang di buat oleh orang barat.
Apa yang saya dapat daripada penelitian saya.
Study lah kerana Allah.
Sekian. 



Wednesday, February 6, 2013

Books and I


Seriously I can't wait to grab this book. Which is the writer are really inspired me.
Harga buku ni dalam RM90.00 kalau guna baucer buku pun tak kisah sangat.
Ada lagi seratus.

Wassalam Ok bai

 

Tuesday, January 22, 2013

Ini adalah satu permulaan



Lepas habis exam. Haha gelak sorang-sorang. Yeah!! Aku dah habis exam.
Ok jom kita pergi jalan-jalan.

Selepas berjam-jam pergi jalan-jalan. Hah, lepas ni tak pergi dah tempat tu.
Sekian.

#Janganlah kamu pergi tempat yang bermaksiat kerana khuatir kamu akan mati bergelumang dengan dosa#




Wednesday, March 28, 2012

Selamat sudah

Nah hadiah.
Alhamdulillah, selamat dah sorang kawan aku ini. kalau dulu hang lah dulu hang la... Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. MABRUK!!! Jadi orang yang pertama mendirikan masjid. Tak pa nanti aku datang bawak hadiah.  See...

Selamat sudah kawan aku sorang ni.


Ada yang kata... nasib baik tak tertukarkan ? Nama pun sama.. Nah MABRUK!! Untunglah kan... 




Hoho... Disebalik tabir



Jangan lupa yer 26/5/2012



Ok cik net slow sudah. Nanti aku upload lagi.
Wassalam ^__^


Saturday, February 4, 2012

Di penghujungnya




KASIH NILAM PURI
Hari demi  hari,
Waktu demi  waktu,
Pusara ini kekal abadi disini,
Tesergam indah bak istana dunia.

Saban tahun,
Bumi ini didatangi dari seluruh pelusuk Negara,
Dari barat hingga ke timur, dari utara sampai ke selatan,
Tidak kira jauh mahupun dekat,
Samada tahu ataupun  tidak akan kewujudan bumi ini,
Yang pasti bumi dicari, dikaji, dinilai,dijaga dan dihargai.

Bumi ini bumi tarbiyah,
Bumi ini bumi barakah,
Lahirnya ulama’ pewaris anbiya’,
Lahirnya menteri  mentadbir  Negara,
Lahirnya cendiakawan menabur ilmu,
Lahirnya asatizah mendidik generasi
Lahirnya umat menyinari alam.

Nilam Puri,
Namamu tesergam megah dimata dunia,
Namamu disanjung –sanjung diangkat tinggi,
Nadi ilmu, nadi pentarbiyahan,
Nadi pengasuhan dan nadi kasih sayang.

Nilam Puri,
Engkau sentiasa menyinari,
Engkau sentiasa memekar  tinggi,
Engkau sentiasa menyerlah dihadapan,
Engkau sentiasa mengungguli,
Engkau sentiasa tersohor,
Dalam apa jua
Tidak kira kecil mahupun besar.
Mari kita fikirkan, Mari kita renungkan
Bagaimana ia berlaku?
Bagaimana ia dikecapi?
Bagaimana ia terhasil?
Semua itu adalah gerak kerja bersama.

Sahabat,
Kita insan bertuah,
Kita insan beruntung,
Kita Ditempatkan di bumi barakah ini,
Kita dicampakkan Allah ke mari
Untuk terus memakmurkan bumi ini,
Untuk meneruskan perjuangan,
Untuk menyambung tanggungjawab dan amanah,
Untuk merangkak, melangkah dan meniti
Jambatan ilmu disini.

Teman,
Kita lagi bertuah dan beruntung,
Kerana kita
Ditemani murabbi yang sentiasa perihatin akan pendidikan  anak didiknya,
Dibelai ayah ibu yang besar jiwanya,
Mereka bersengkang mata, mengerah keringat,
Bermandi peluh,  bermain dengan akal dan tutur kata,
Tidak kira masa dan waktu,
Tidak kira siang atau malam,
Tidak kira cuti atau rehat
Semua itu adalah pengorbanan mereka,
Untuk terus melihat bumi ini kekal tesergam megah
Demi melahirkan generasi diredhai.

Wahai ayah,
Wahai ibu,
Besar amanah dan tanggungjawab yang ayah ibu kendongkan,
Engkau membelai kami bagai menatang minyak yang penuh,
Engkau Mendidik,membimbing dan menyelami  hati- hati kami,
Engkau tumpahkan sepenuh kasih sayangmu  kepada kami,
Engkau celikkan kami daripada dibuai mimpi lena,
Engkau bangkitkan  semangat dan jiwa kami  cinta akan Illahi,
Engkau sujudkan dahimu,
Engkau panjatkan doamu  kepada Allah demi kejayaan anak didikmu.

Ayah, ibu,
Sejuta kemaafan kami pinta,
Atas kenakalan dan kedegilan anakmu,
Halalkan ilmu dan tunjuk ajar
Serta kasih sayang yang  ayah ibu curahkan kepada kami
Semoga itu semua mendidik jiwa-jiwa kami
Menjadi Insan suatu hari nanti.

Nilam Puri,
Kami yakin dan percaya,
Nilam puri akan tetap disini,
Tesergam dan tersohor dimata dunia,
Kejayaan demi kejayaan akan tercipta
Itu akan menjadi kebanggaan kami semua.

Walau kitakan berpisah,
Ia hanya dimata kasar kami,
Nun Jauh di lubuk hati kami untuk meninggalkanmu,
Tapi apakan daya,
Masa dan jarak memisahkan kita,
Untuk kami meneruskan liku-liku yang mendatang,
Untuk mengecapi Cinta Illahi yang hakiki.

Terima kasih ayah ibu,
Terima kasih sahabat dan teman,
Terima kasih Nilam Puri.
Salam Perjuangan Nilam Puri….


Hasil Nurkilan,
Khairol Najib Bin Hashim
Kolej Kediaman Nilam Puri UM
3 Februari 2012
khairolnajibhashim


hanya tinggal kenangan ^___^


Saturday, December 24, 2011

Yellow menarik dan tertarik ke?



Hating people because of their color is wrong. And it doesn't matter which color does the hating. It's just plain wrong.
Muhammad Ali

Saturday, December 3, 2011

Nota Sebelum Tidur


Assalamualaikum!!!
Kat sini saya cuma nak pesan kepada diri sendiri dan member2 yang lain :-

Muhasabah diri sebelum tidur yew, nanti senanglah sikit nak lelapkan mata, tidur nyenyak bangun pon senang. Terima kasih lah kat member2 yang rajin sambut bufday tadi, walaupun semua sekarang tengah sesak, terima kasih banyak2 tau, Credit  to Ehem2. Nanti kita sambut bufday sama2 lagi yew.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
 
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.


'Bertanya Aisyah : 'Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?
'Rasul tersenyum dan bersabda : 'Jika engkau tidur bacalah :
 
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
     semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi
     kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil, bertakbir maka
    seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah'

Nota Lagi :- Sama samalah kita doakan agar hari esok lebih baik daripada semalam ^_____^


Sunday, September 4, 2011

Hampir-hampir Jatuh Cinta.



salam sejahtera semua...


DI PENGHUJUNG RAMADHAN

Kala kerinduan belumlah usai
Kala penghayatan dalam doa belumlah sempurna
Menapaki lajunya perjalanan yang tiada henti
Menyusuri lorong yang penuh liku menghadang

Kuingin Kau basuh dalam renunganku
Saat Kau pancarkan cahaya dalam bulan nan mulia
Mengharapkan ampunan dalam sujudku yang panjang
Masihkah kan kupalingkan wajah ini?

Ingin kuhapus semua noda dan dosa
Ingin kuhempas semua kobaran emosi dalam dada
Meluruhkan jiwa yang sarat dengan hasrat
Tenggelam dalam tangisan penuh sesal

Sanggupkah kan kutapaki hariku?
Menyongsong esok yang t’lah siap menanti
Semoga di penghujungmu ya Ramadhan
Ampunan Illahi kan terpancar lewat pribadi nan luhur

Ely K.
(November 2003)
Ramadhan 1424H

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan yang pergi takkan kembali




Sebelum kaki melangkah pulang ke kampung halaman, ingin saya membawa anda semua bersama2 saya menghayati dan memuhasabah diri dalam bulan Ramadhan lagi berkat ini.

Assalamualaikum!!!!
Alamak nak kena buat karangan panjang2 kew??? Sampai 2@5 muka surat SPM dulu boleh la. Mak selalu pesan belajar rajin2, terutamanya subjek Bahasa Melayu. Erm, Ni sebenarnya nak cerita pasal esemen Praktikal Ibadat yang bertimbun2. Bukannya siap lagi pown.

Khutbah??? Khutbah Jumaat @ Raya pernah la dengar dekat TV. Tapi format khutbah tu satu apa pown tak tahu. Xpa usaha2 itu tangga kejayaan!!!!

kat sini saya nak bagi contoh khutbah yang saya cari,



MENGHARGAI NYAWA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “MENGHARGAI NYAWA”.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Nyawa adalah tanda hidupnya manusia. Selagi seseorang itu masih bernyawa maka selagi itulah ia berpeluang meneruskan kehidupan di dunia ini. Tetapi apabila nyawa telah tiada lagi maka berakhirlah episod kehidupan manusia. Memberi nyawa dan mencabut nyawa adalah hak mutlak Allah SWT yang tiada sesiapapun boleh mempertikaikannya. Lantaran itu Allah SWT boleh memendekkan umur seseorang dengan kehendak dan kuasanya dan dengan kehendak dan kuasanya jugalah ia boleh memanjangkan umur seseorang. Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 70:

Maksudnya: Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana menghidupkan kita melalui nyawa yang diberikannya dan dengan nyawa itulah kita dapat menikmati indahnya kehidupan,menikmati keindahan alam, merasai sedapnya makanan dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita. Apabila nyawa telah terpisah daripada badan semua itu tidak berguna lagi. Oleh yang demikian, kita wajib menghargai nyawa sendiri atau nyawa orang lain. Menghargai nyawa bermaksud memelihara dan menjaganya dengan sebaik mungkin dengan mengelakkan diri daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan atau tindakan yang boleh menghilangkan nyawa atau dengan kata lain menyebabkan kematian.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Berdasarkan laporan dan pemerhatian mimbar pada ketika ini bahawa  isu kemalangan jalan raya adalah penyebab yang terbesar kepada kematian. Menurut laporan Jabatan keselamatan Jalanraya bahawa lebih daripada 6 ribu orang mati akibat kemalangan jalan raya dengan purata 18 kematian sehari atau 1 kematian setiap 1 jam 20 minit. Kajian oleh Kementerian Kesihatan, kemalangan jalan raya adalah punca keempat kematian di negara kita dan sekiranya ianya tidak dibendung, kemalangan jalan raya boleh menjadi punca utama kematian menjelang tahun 2020. Pada tahun 2010, sebanyak 6,872 kematian akibat kemalangan jalanraya, yang mana 4,036 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.   Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS, bahawa 30% daripada kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal ialah golongan berumur 16 ke 25 tahun berbangsa Melayu, dan daripada jumlah tersebut 40% daripadanya tidak mempunyai lesen memandu.
Mimbar ingin  menegaskan bahawa perbuatan-perbuatan yang menimbulkan mudharat dan merbahaya yang boleh membawa kepada kematian seperti  menunggang motosikal secara merbahaya, tidak mematuhi peraturan jalanraya, tidak memiliki lesen memandu adalah tindakan-tindakan yang tidak menghargai nyawa. Walaupun tindakan seperti itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa secara langsung tetapi lama kelamaan atau silap percaturan boleh menyebabkan kematian atau sekurang-kurangnya memusnahkan keselesaan dan kesempurnaan hidup. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Jalanraya merupakan satu kemudahan awam yang menjadi penghubung kepada kita dari satu tempat ke satu tempat samada dari bandar ke desa atau sebaliknya. Ianya bukanlah tempat untuk kita menunjukkan kehebatan atau keberanian didalam kita memandu kenderaan, kerana itulah menjadi tanggungjawab kepada kita semua sebagai pengguna menjaga dan memelihara kemudahan ini dan menjadikannya sebagai satu tempat selamat dan bukannya tempat kecelakaan. Adalah tidak dapat dinafikan dan diakui bahawa punca utama kemalangan jalanraya di negara ini adalah disebabkan perilaku pengguna itu sendiri yang menyebabkan kerugian harta benda, kecederaan, kecacatan anggota badan, bahkan boleh membawa kepada kematian.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Satu perkara lagi yang menjadi antara punca utama kehilangan nyawa di negara kita pada masa kini ialah kebakaran. Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 2010 jumlah kebakaran mengikut jenis bangunan adalah sebanyak 5,240 kes yang berlaku. Mimbar ingin mengingatkan bahawa keselamatan kebakaran hendaklah diambil perhatian yang serius oleh kita semua kerana  kebakaran itu boleh membunuh. Api semasa kecil menjadi kawan, tetapi setelah besar ia menjadi lawan. Pelbagai cerita telah dipaparkan oleh media berkaitan kebakaran, apa yang menyedihkan apabila kebakaran bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak boleh ditukar ganti. Apa yang menyedihkan lagi kehilangan orang yang tersayang, tempat tinggal dan kehilangan punca mata pencarian.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, itulah ungkapan yang sewajarnya difikirkan bersama-sama bagi mengambil langkah keselamatan secara berterusan, pemeriksaan ke atas semua kelengkapan keselamatan kebakaran perlulah dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan alat keselamatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Kesedaran masyarakat terhadap bahaya  kebakaran  dan  aspek  keselamatan perlu dipertingkatkan sama ada di rumah, di pejabat, di sekolah, di pusat membeli-belah, di hotel dan sebagainya.
Mengambil kesempatan bersempena Hari Anggota Bomba tahun 2011, marilah sama-sama kita menyatakan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana telah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, dengan menjaga keselamatan dan kesejahteraan kita. Sedarkah kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat tidak dapat kita kecapi tanpa pengorbanan dan ketabahan setiap anggota-anggota penyelamat khasnya dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pengorbanan yang mereka curahkan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan tidak pernah mengharapkan penghargaan dan pujian dari kita, namun sebagai umat yang bersyukur, kita hendaklah menghargai mereka sebagai tanda terima kasih dan syukur kita kepada Allah SWT.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita menghargai nyawa yang diberikan oleh Allah SWT dengan mengelak diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan memudratkan kehidupan. Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita agar mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah kita membiarkan anak-anak kita memandu kenderaan tanpa lesen dan menunggang motosikal dengan bebas dan tanpa menggunakan topi keledar kerana itu semua mengundang kepada kecelakaan. Mimbar juga ingin mengingatkan bahawa  tanggungjawab menjaga keselamatan kebakaran dan menyelamat  adalah tanggungjawab bersama dan bukanlah tanggungjawab Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjadikan budaya menjaga keselamatan kebakaran ini amalan hidup kita, InsyaAllah kejadian yang tidak diingini akan dijauhi oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat 17:

Maksudnya: "Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepada engkau, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan dia sendiri; dan jika dia melimpahkan sesuatu kebaikan kepada engkau, maka Dia adalah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu".



http://www.islam.gov.my/                     .

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan OH Ramadhan!!!




Rabbani (Asri Ibrahim / Sharifah Maisarah Syed Jamaluddin)


Hikmah Ramadan 


Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa







Tuesday, June 21, 2011

Friend forever 2

gambar ni memang tak sesuai


Sambungan daripada friend forever minggu lepas.
Assalamualaikum!!!! 
Semoga anda semua dicucuri rahmat dan keberkatan di petang yang mulia ini dalam keadaan yang sihat sejahtera. O.k sebelum memulakan sambungan entry pada minggu lepas, marilah sama-sama kita bersyukur atas nikmat dan peluang yang diberikan oleh Allah dengan berzikir dan melakukan perkara yang dikehendaki oleh-NYA. Supaya kita tidak tersesat dijalan yang kufur lagi menyesatkan.

Bersahabat????? ya. Bersahabatlah anda semua dengan buku. Tetiba la plak...  hah... Betullahkan kita perlu bersahabat dengan buku . Cuba baca teks yang penulis ambil daripada      


Read a favourite book The next time you’re feeling stressed, pick a favourite book and plonk yourself on your favourite reading spot.
In 2009, a research by Mindlab International at the University of Sussex found that reading could reduce one’s stress level by 66 per cent, better than listening to music, going for a stroll or sitting down for a drink.

Cognitive neuropsychologist Dr David Lewis found that the subjects only needed to read for six minutes to slow down the heart rate and ease tension in the muscles. Not only that but their stress levels dropped to lower than before they started.

“This is more than merely a distraction but an active engaging of the imagination as the words on the printed page stimulate your creativity and lead you into what is essentially an altered state of consciousness,” he said.


Read more: Health: Relax, recharge, reboot http://www.nst.com.my/nst/articles/Health_Relax_recharge_reboot/Article#ixzz1PzAgCgEF





Wednesday, June 15, 2011

friend forever







friend forever by vitamin c.

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

[1]
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

[Repeat 1]

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly




Tahun berganti tahun, Bulan berganti bulan, Hari berganti hari . Setiap saat yang di rasakan amat berharga susah untuk kita mamanfaatkannnya ke arah kebaikan. Sama ada masa bersama keluarga, masa untuk sahabat, masa untuk diri sendiri mahupun masa untuk beribadat kepada Allah pasti ada yang melalaikan diri ini. Namun apa yang penulis ingin sampaikan adalah hargailah sahabat yang sentiasa bersama kita sewaktu susah ataupun senang. Bersambung......

Friday, June 10, 2011

Sebelum mata terlena.



Facebook macam mana pun sehari mesti kena bukak gak. Betul  ark????? Berapa juta dah pengguna FB ni yer??? Wah... kayalah siapa yang buat facebook ni. Ayat berterabur ja ... itulah dulu masa waktu cikgu Z tengah ajar B.M buat2 pandai. Erm sapa suruh buat macam tu....


Pagi tadi ada pergi beli buku Solusi Isu no.32.Untuk isu kali ni lebih kepada "HASAD DENGKI". Sebelum itu , Tahniah er saya ucapkan kepada penerbit majalah tersebut, memang best sangat dan penuh informasi yang padat dan berstyle. O.k semua nanti jangan lupa pulak beli solusi isu yang terbaru ni. Cepat beli jangan tak beli. Saya sudah anda????
Ironinya, saja nak promote majalah solusi keluran isu. 32 ni. Selamat beramal (BERIBADAT).